Renungan Bersama

    Share

    Admin
    Administrators
    Administrators

    Number of posts : 29
    Registration date : 2008-08-11

    Renungan Bersama

    Post by Admin on Fri Aug 22, 2008 12:38 am

    Hai…semua Warga UPSI...berjumpa kita ldalam ‘’RenUnGaN bErSaMa’’ .. dalam kesibukan bekerja kita selalu alpa tentang sesuatu…mungkin…tentang ukhuwahfillah…mungkin perasaan…mungkin juga sikap kita dalam kehidupan seharian dan mungkin juga adab-adab kita dalm ber IKHTILAF…sesame rakan sekerja…
    Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya……
    SemoGa Kita dapat ‘’TUNE’’ kan diri menjadi lebih baik…. Same2 kita sharing…n loving…semoga DaPat balasan Yang baik Daripada NYA..


    PERTAMA.
    Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

    KEDUA.
    Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
    (u/p: Bujang je… =p)

    KETIGA.
    Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

    KEEMPAT.
    Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah...utamakan kpd MAHA pencipta

    KELIMA.
    Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

    KEENAM.
    Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan (u/p: yang nak ‘dekat’ dah…)

    KELAPAN.
    Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

    KETUJUH.
    Percayailah cinta pandang pertama.

    KESEMBILAN.
    Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

    KESEPULUH.
    Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

    KESEBELAS.
    Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

    KEDUABELAS.
    Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

    KETIGABELAS.
    Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

    KEEMPATBELAS.
    Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

    KELIMABELAS.
    Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

    KEENAMBELAS.
    Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

    KETUJUHBELAS.
    Berpeganglah kepada tiga R:
    Rasa hormat pada diri sendiri;
    Rasa hormat kepada orang lain;
    Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

    KELAPANBELAS.
    Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

    KESEMBILANBELAS.
    Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

    KEDUAPULUH.
    Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

    KEDUAPULUH SATU
    Ada ketikanya anda perlu bersendirian..

    “dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu…
    Dan ALLAH itu mengetahui tetapi kamu tiada mengetahui”
    (al-baQarAh 216)



    KeBaJiKaN & kErOhAniAn BHEA



    _________________
    Administrators Of Academic_Division Forum


      Current date/time is Sun Dec 17, 2017 7:58 pm