RIBENA CAMPUR ARAK????

    Share
    avatar
    hadiey
    I Need More Post
    I Need More Post

    Number of posts : 8
    Age : 33
    Location : upsi
    Registration date : 2008-09-03

    RIBENA CAMPUR ARAK????

    Post by hadiey on Tue Oct 21, 2008 3:37 pm

    BERITA SAHIH / RIBENA ADA KANDUNGAN ARAK


    > LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan
    > menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita
    > menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.
    > Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena
    > dan Lucozade selepas penggun! a mendapati ramuan perisa air minuman
    > itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan
    > tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline
    > menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu
    > pada! kadar yang rendah.

    > Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak
    > mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada
    > ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers,
    > sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya
    > ;> selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya
    > mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena
    > dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam
    > memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa
    > mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

    > Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan
    > rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan
    > dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. "Kita
    > amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan
    > seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya," katanya.
    > Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman
    > Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak
    > beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

    > Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan
    > pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen
    > bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. "Sesetengah bahan perasa
    > mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya
    > pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,"
    > katanya.

    > Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau,
    > tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga deng! an lima
    > perasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi

      Current date/time is Sun Oct 22, 2017 5:26 am