Unit Pengijazahan

    Share
    avatar
    Hamdi
    Administrators
    Administrators

    Number of posts : 38
    Location : malaysia
    Registration date : 2008-08-12

    Unit Pengijazahan

    Post by Hamdi on Mon Aug 23, 2010 11:58 pm

    1. Bilakah surat tamat pengajian dikeluarkan?

    Surat tamat pengajian akan dipos bersama sama dengan slip keputusan semester akhir selepas Senat Universiti mengesahkan senarai pelajar yang layak bergraduat

    2. Berapakah tahap Band MUET yang perlu dicapai bagi membolehkan saya bergraduat?

    Semua pelajar diwajibkan lulus MUET pada Band 4 bagi program TESL, Band 2(Pelajar Sebelum Ambilan Julai 2008) dan Band 3(Pelajar Bermula Ambilan Julai 2008) untuk program lain.

    3. Bilakah tarikh temuduga dan proses penempatan dilakukan?

    Semua urusan temuduga dan penempatan (posting) diuruskan oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

    4. Apakah syarat pengijazahan?

    Rujuk Buku Panduan dan Peraturan Akademik di muka surat 17.

    5. Bilakah surat Jemputan Istiadat Konvokesyen akan dikeluarkan?

    Surat Jemputan Istiadat Konvokesyen akan dikeluarkan sebulan sebelum tarikh Istiadat Konvokesyen.

    6. Bilakah transkrip dan ijazah boleh diperolehi?

    Transkrip boleh diperolehi selepas disahkan oleh senat dan ijazah boleh diperolehi selepas selesai Istiadat Konvokesyen.

    7. Jika tidak menghadiri konvokesyen, adakah saya juga perlu menjelaskan yuran konvokesyen?

    Yuran Konvokesyen adalah wajibkan dan perlu dibayar oleh semua graduan termasuk yang tidak menghadiri Istiadat Konvokesyen.

    8. Bilakah tarikh temuduga dan proses penempatan dilakukan?

    Tujuh (7) hari bekerja selepas sessi Istiadat Konvokesyen

    9. Adakah saya boleh menghadiri Istiadat Konvokesyen jika saya masih mempunyai hutang dengan universiti?

    Graduan Sarjanamuda yang masih mempunyai hutang dengan universiti boleh menghadiri Istiadat Konvokesyen tetapi Ijazah dan Transkrip tidak akan diserahkan kepada graduan.


    _________________
    Administrators Of Academic_Division Forum


      Current date/time is Sun Dec 17, 2017 8:04 pm